Pada 12 November 2014 jam 230-530ptg, Al Barakah FMC telah menganjurkan Kursus Asas Pengendali Makanan dan sutikan Typhoid dengan jayanya kepada 28 orang yang terdiri daripada 21 orang peserta kursus penyediaan cendol dan laksa serta 7 orang dari kilang pembuatan roti Baker's Boy Di seksyen 20, Shah Alam. PERANGSANG merupakan badan di bawah Kerajaan Selangor yang mengendalikan kursus bagi golongan belia untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan. Peserta usahasama PERANGSANG dan Hijrah Training & Management pada sesi ini mengajar cara untuk berniaga Laksa dan Cendol secara terperinci dan komprehensif. Baker's boy pula merupakan syarikat pembuat roti yang bertaraf international yang telah bertapak di Arab saudi, UAE, Vietnam dan beberapa negara lagi. Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai tenaga pengajar yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk memberikan kursus asas pengendali makanan di Hijrah training