Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Peniaga Bazaar Ramadhan 2014 wajib mengambil suntikan typhoid

Tidak lama lagi umat islam khususnya di Malaysia akan menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 2014 yang penuh keberkatan. Pastinya apa yang sinonim dengan bulan ramadhan di sudut benak kita ialah BAZAAR RAMADHAN. Bulan inilah umat Islam di Malaysia khususnya menikmati juadah-juadah pelbagai rupa dan rasa, malah kadangkala menyebabkan tabiat makan kita lebih daripada biasa. Namun begitu, kita tidak boleh alpa dari mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mempraktikkan makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang seperti mana Rasullullah ajarkan kepada kita. Ini kerana jika kita lihat kembali, kebanyakan penyakit pada hari ini berpunca daripada makanan. Mahu menjamu selera itu boleh tetapi berpada-padalah. Kepada para peniaga anda diingatkan supaya mengambil suntikan Vaksin Typhim di klinik kerajaan atau swasta. Ini untuk mengelakkan jangkitan Typhoid lebih-lebih lagi daripada pengendali makanan kepada pelanggan. Anda cuma perlu mengambil vaksin sekali dalam masa 3 tahun. Vak