Pada 24 September 2014 jam 3-6ptg, al Barakah telah menganjurkan Kursus Asas Pengendali Makanan dengan jayanya kepada 10 orang staff Restoran Table Talk di Taman Tun Dr. Ismail. Table Talk merupakan restoran yang dimiliki oleh syarikat Sweet Leisure Sdn Bhd yang menghidangkan menu ala barat dalam suasana restoran yang berhawa dingin dan hiasan seperti berada di rumah. Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai tenaga pengajar yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk menganjurkan kursus di Restoran Table Talk. Terima kasih diucapkan kepada warga Sweet Leisure Sdn Bhd. Al Barakah Food Management and Consultancy Merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kursus ini kepada semua pengendali makanan di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Kursus Asas Pengendali Makanan di TTDI, Kuala Lumpur Kursus Asas Pengendali Makanan - Peserta mendengar dengan teliti