Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Halal related Course

'Halal Related Course' - Kemestian atau pilihan untuk pensijilan Halal Malaysia

Badan pensijilan Halal Malaysia iaitu JAKIM pada hari ini semakin tegas dalam menangani isu kualiti & kredibiliti halal selaku pemain utama industri halal dunia. Ini adalah kerana terdapat banyak pemohon-pemohon pensijilan sedia ada yang tidak mematuhi garis panduan sedia-ada yang ditetapkan di dalam Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) Semakan ke-tiga dan MS1500:2009. Oleh kerana itu pada tahun ini (2019), JAKIM akan memperkenalkan MPPHM semakan ke-empat 2019 dengan menambah-baik komponen-komponen yang sebelumnya sering dipertikaikan dan diselewengkan. Sebenarnya keperluan latihan halal kepada pekerja berkenaan halal telah pun termasuk di dalam garis panduan tetapi begitu banyak syarikat yang tidak mengendahkan perkara ini dan sengan yang sedemikian, pengurusan halal dalam syarikat tidak dijalankan dengan baik dan kredibiliti pengiktirafan halal tersebut wajar diragui kerana lemahnya Sistem Jaminan Halal di dalam syarikat. 'Halal Related Course&

Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-9 (Januari 2019)

   Kursus Asas Halal & Toyyib Januari 2019 (HRDF Claimable) Industri halal di Malaysia mula diperkenalkan secara serius apabila penggunaan logo halal Malaysia diseragamkan dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan termasuk di dalam Akta Perihal Dagangan Halal 2011. Namun begitu, tiada kursus halal atau latihan dan penerangan yang meluas tentang  Pensijilan Halal Malaysia (PHM) berkenaan kepentingan halal, cara memohon dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Kami dari  Al Barakah Training Solution  berusaha agar maklumat dan ilmu berkaitan industri halal dapat disebarluaskan ke semua negeri di Malaysia bermula dengan negeri Selangor dan yang berdekatan. Kursus Asas Halal & Toyyib merupakan antara syarat yang wajib dilaksanakan seperti yang terkandung di dalam Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia. Pada  Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-9  ini, kami akan menjelaskan tentang pembaharuan dan syarat-syarat baharu yang di