Langkau ke kandungan utama

'Halal Related Course' - Kemestian atau pilihan untuk pensijilan Halal Malaysia






Badan pensijilan Halal Malaysia iaitu JAKIM pada hari ini semakin tegas dalam menangani isu kualiti & kredibiliti halal selaku pemain utama industri halal dunia.

Ini adalah kerana terdapat banyak pemohon-pemohon pensijilan sedia ada yang tidak mematuhi garis panduan sedia-ada yang ditetapkan di dalam Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) Semakan ke-tiga dan MS1500:2009.

Oleh kerana itu pada tahun ini (2019), JAKIM akan memperkenalkan MPPHM semakan ke-empat 2019 dengan menambah-baik komponen-komponen yang sebelumnya sering dipertikaikan dan diselewengkan.

Sebenarnya keperluan latihan halal kepada pekerja berkenaan halal telah pun termasuk di dalam garis panduan tetapi begitu banyak syarikat yang tidak mengendahkan perkara ini dan sengan yang sedemikian, pengurusan halal dalam syarikat tidak dijalankan dengan baik dan kredibiliti pengiktirafan halal tersebut wajar diragui kerana lemahnya Sistem Jaminan Halal di dalam syarikat.

'Halal Related Course'

Halal Related Course bermaksud pekerja bagi syarikat yang telah mendapatkan pengiktirafan Halal Malaysia hendaklah memberi latihan berkenaan halal samada secara internal iaitu Halal Eksekutif yang diiktiraf Halal Professional Board (HPB) memberi latihan internal kepada semua staff atau pun dengan menghantar staff ke mana-mana kursus berkenaan Halal.

Pastikan juga latihan yang diberikan kepada pekerja ini mempunyai bukti. Maka itu, semua latihan yang diberikan samada internal atau external mestilah direkod dengan baik.

Kursus Halal 30 April 2019

Al Barakah Training Solution akan menganjurkan kursus berkenaan halal ini pada 30 April ini di Shah Alam.

Kursus ini adalah sepenuhnya boleh dibuat tuntutan HRDF kerana kami merupakan pusat latihan yang diiktiraf di bawah HRDF.

Kursus ini memakan masa selama 1 hari dan pembelajaran lebih kepada teknikal, bukan asas seperti yang boleh anda dapatkan di internet mahupun di seminar.

Sekiranya berminat dengan kursus yang terhad ini, harga tawaran 'Early Bird' masih boleh didapati di SINI

Sekiranya dulu pemahaman tentang kursus halal ini adalah pilihan atau 'Optional', maka anda harus segera menukar kepada KEMESTIAN kerana ia akan mengganggu proses pembaharuan dan kelancaran pensijilan halal anda kerana apabila di audit oleh Badan pensijilan Halal, pasti akan tertulis:

" Pekerja tidak pernah menghadiri mana-mana kursus berkaitan Halal'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?...

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad ...

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan Kursus pengendalian makanan adalah di bawah lesen Al-Barakah Training Centre PLT ( LLP-0005932LGN ) yang telah dilantik sebagai Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014. Kursus pengendalian makanan  adalah diwajibkan bagi semua pengendali makanan. Kursus ini direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan melengkapi semua pengendali dan operator makanan dengan informasi tentang kebersihan makanan agar kualiti makanan dapat dijamin bersih dan segar mengikut piawaian KKM. Peraturan mengenai kewajipan untuk menghadiri kursus ini ada termaktub di dalam Akta Makanan 1983.   Bayaran :  RM 60.00 Per Orang (  Yuran Kursus wajib RM50 + RM10 cas administrasi, pengurusan, refreshments, pemfailan dan dokumentasi peserta ) Tempoh Kursus :  3 Jam Sijil : Sijil kehadiran Kursus akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan kursus. Tempoh Sah Laku ...