Langkau ke kandungan utama

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

 





Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini.

Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985.

Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan?

Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia.

Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?

Pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ini ialah mereka yang mengendaikan makanan untuk tujuan komersial atau jualan.

Yuran Kursus

Yuran kursus ini di kawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu hanya RM50 sahaja. 

Namun begitu, Sekolah Latihan Pengendali Makanan diberikan kelonggaran untuk mengenakan bayaran lebih daripada RM50 dengan syarat mereka memberi alasan dan sebab yang kukuh.

Tempoh 

Tempoh bagi kursus ini hanyalah 3 Jam sahaja. Namun begitu bagi kursus secara online, ia boleh mengambil tempoh sehingga 4 Jam.

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

Sebenarnya undang-undang sudah sedia ada di dalam Akta Makanan 1985.

Kegagalan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan sekiranya di dapati bersalah boleh di kenakan hukuman denda Maksima RM10,000 atau Penjara maksima 2 Tahun atau kedua-duanya sekali.

Ramai peniaga makanan yang ambil kursus ini kerana takut akan hukuman ini namun ada kesan yang lebih buruk sekiranya pekerja-pekerja tidak mengambil kursus ini.

  1. Keracunan Makanan- Salah mengendalikan makanan boleh menyebabkan keracunan makanan yang di akibatkan oleh demam kepialu.
  2. Maut - Keadaan yang kritikal di sebabkan oleh keracunan makanan boleh mengakibatkan maut kepada pelanggan. Ini bukan tidak perbah terjadi, malah setiap tahun ada sahaja kes keracunan makanan yang mengakibatkan maut.
  3. Saman - Sekiranya anda adalah seorang usahawan dan kecuaian pekerja anda menyebabkan kematian pelanggan, apa risiko yang usahawan akan hadapi? Ya, saman.

Mei tahun lalu, Kementerian Kesihatan mendedahkan kes keracunan makanan menunjukkan peningkatan 23.69 peratus iaitu 401 kes kepada 496 berbanding tahun sebelumnya. (Sumber: Harian Metro)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad ...

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan Kursus pengendalian makanan adalah di bawah lesen Al-Barakah Training Centre PLT ( LLP-0005932LGN ) yang telah dilantik sebagai Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014. Kursus pengendalian makanan  adalah diwajibkan bagi semua pengendali makanan. Kursus ini direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan melengkapi semua pengendali dan operator makanan dengan informasi tentang kebersihan makanan agar kualiti makanan dapat dijamin bersih dan segar mengikut piawaian KKM. Peraturan mengenai kewajipan untuk menghadiri kursus ini ada termaktub di dalam Akta Makanan 1983.   Bayaran :  RM 60.00 Per Orang (  Yuran Kursus wajib RM50 + RM10 cas administrasi, pengurusan, refreshments, pemfailan dan dokumentasi peserta ) Tempoh Kursus :  3 Jam Sijil : Sijil kehadiran Kursus akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan kursus. Tempoh Sah Laku ...