Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad sunt

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan Kursus pengendalian makanan adalah di bawah lesen Al-Barakah Training Centre PLT ( LLP-0005932LGN ) yang telah dilantik sebagai Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014. Kursus pengendalian makanan  adalah diwajibkan bagi semua pengendali makanan. Kursus ini direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan melengkapi semua pengendali dan operator makanan dengan informasi tentang kebersihan makanan agar kualiti makanan dapat dijamin bersih dan segar mengikut piawaian KKM. Peraturan mengenai kewajipan untuk menghadiri kursus ini ada termaktub di dalam Akta Makanan 1983.   Bayaran :  RM 60.00 Per Orang (  Yuran Kursus wajib RM50 + RM10 cas administrasi, pengurusan, refreshments, pemfailan dan dokumentasi peserta ) Tempoh Kursus :  3 Jam Sijil : Sijil kehadiran Kursus akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan kursus. Tempoh Sah Laku sijil : Tiada tempoh sah laku

Kursus Pengendalian Makanan April 2014 di Shah Alam

Kursus kendalian makanan anjuran Albarakah FMC dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Seksyen 13, Shah alam  pada 19 April 2014 pada 9.00-12.00 tgh hari. Peserta seramai 12orang telah menghadiri Kursus Kendalian Makanan ini dengan jayanya. Mudah-mudahan ilmu yang diberi oleh cikgu Abdul Rahman (tenaga pengajar KKM) dimanfaatkan sepenuhnya. Albarakah selaku penganjur kepada kursus ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aussie Village Pie, Asia Food Caterer dan Enigma enterprisekerana memilih Albarakah FMC sebagai Sekolah Pengendali Makanan di shah alam. Kursus Kendalian Makanan Di Shah Alam. Tenaga pengajar En. Abd. Rahman Kursus pengendalian makanan di Shah Alam Penyampaian Sijil Penyampaian Sijil Penyampaian Sijil Kemaskini: Pihak Al Barakah Training Solution tidak lagi menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan di lokasi ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada syarikat yang menggunakan nama syarikat

Suntikan Anti-Typhoid dan Basic medical screening Di Kilang Sunshine Region Sdn Bhd

Albarakah FMC membantu samada kilang, restaurant atau hotel yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Suntikan Anti-Typhoid dan medical screening di tempat anda. Pada 17 April 2014, pihak Al barakah telah memberi perkhidmatan berikut kepada sebuah kilang di Sungai Buloh.  Permintaan ini adalah disebabkan kekurangan vaksin Anti-Typhoid yang menjadikannya sukar diperolehi dan kami memahami kesukaran untuk membawa pekerja ke klinik, oleh itu kami menawarkan diri untuk ke premis anda untuk memberi perkhidmatan tersebut. Terima kasih kepada pihak Sunshine Region Sdn Bhd kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada 11 orang pekerja meraka. Suntikan Anti-Typhoid sedang diberikan kepada penyelia kilang Pemeriksaan kesihatan oleh Dr. Zuhaimi Pemeriksaan kesihatan oleh Dr. Zuhaimi

Kursus Pengendalian Makanan Di Seksyen 13, Shah Alam

Kursus kendalian makanan anjuran Albarakah FMC dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Seksyen 13, Shah alam  pada 22 March 2014 pada 9.00-12.00 tgh hari. Peserta seramai 7orang telah menghadiri Kursus Kendalian Makanan ini dengan jayanya dan telah mendapatkan suntikan Anti-Typhoid oleh doktor yang bertauliah. Mudah-mudahan ilmu yang diberi oleh cikgu Abdul Rahman (tenaga pengajar KKM) dimanfaatkan sepenuhnya. Albarakah selaku penganjur kepada kursus ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aussie Village Pie kerana memilih Albarakah FMC Pemberian Sijil Kursus Kendalian Makanan Pemberian Sijil Kursus Kendalian Makanan Pemberian Sijil Kursus Kendalian Makanan