Langkau ke kandungan utama

Peniaga Bazaar Ramadhan 2014 wajib mengambil suntikan typhoid

Tidak lama lagi umat islam khususnya di Malaysia akan menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 2014 yang penuh keberkatan. Pastinya apa yang sinonim dengan bulan ramadhan di sudut benak kita ialah BAZAAR RAMADHAN. Bulan inilah umat Islam di Malaysia khususnya menikmati juadah-juadah pelbagai rupa dan rasa, malah kadangkala menyebabkan tabiat makan kita lebih daripada biasa.

Namun begitu, kita tidak boleh alpa dari mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mempraktikkan makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang seperti mana Rasullullah ajarkan kepada kita. Ini kerana jika kita lihat kembali, kebanyakan penyakit pada hari ini berpunca daripada makanan. Mahu menjamu selera itu boleh tetapi berpada-padalah.

Kepada para peniaga anda diingatkan supaya mengambil suntikan Vaksin Typhim di klinik kerajaan atau swasta. Ini untuk mengelakkan jangkitan Typhoid lebih-lebih lagi daripada pengendali makanan kepada pelanggan. Anda cuma perlu mengambil vaksin sekali dalam masa 3 tahun.

Vaksin tersebut akan disuntik di bahagian badan yang berotot ( cth bahu, punggung) dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius. Sesetengah individu mungkin mengalami demam, pening kepala, dan loya yang ringan. Walaupun ia memberi perlindungan kepada badan, ia tidak menjamin 100% pesakit itu tidak dijangkiti. Anda masih perlu menjaga kebersihan, mengamalkan kebersihan makanan dan tangan, hanya minum minuman yang sudah dimasak atau ditapis

Terdapat banyak lokasi dimana suntikan typhoid untuk pengendali makanan boleh didapati di seluruh Malaysia. Umumnya, suntikan ini boleh didapati di mana-mana klinik swasta, klinik kesihatan kerajaan, dan bahagian kesihatan PBT. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, terdapat kekurangan vaksin bagi pelalian ini menyebabkan kesukaran dalam memperolehi suntikan ini. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menelefon terlebih dahulu samada suntikan tersebut ada disediakan ataupun tidak demi menjimatkan masa dan kos.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?...

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad ...

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan Kursus pengendalian makanan adalah di bawah lesen Al-Barakah Training Centre PLT ( LLP-0005932LGN ) yang telah dilantik sebagai Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014. Kursus pengendalian makanan  adalah diwajibkan bagi semua pengendali makanan. Kursus ini direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan melengkapi semua pengendali dan operator makanan dengan informasi tentang kebersihan makanan agar kualiti makanan dapat dijamin bersih dan segar mengikut piawaian KKM. Peraturan mengenai kewajipan untuk menghadiri kursus ini ada termaktub di dalam Akta Makanan 1983.   Bayaran :  RM 60.00 Per Orang (  Yuran Kursus wajib RM50 + RM10 cas administrasi, pengurusan, refreshments, pemfailan dan dokumentasi peserta ) Tempoh Kursus :  3 Jam Sijil : Sijil kehadiran Kursus akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan kursus. Tempoh Sah Laku ...