Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kursus Wajib Pengendali Makanan Di Shah Alam bersama Peserta Kursus Perangsang dan Baker's Boy

Pada 12 November 2014 jam 230-530ptg, Al Barakah FMC telah menganjurkan Kursus Asas Pengendali Makanan dan sutikan Typhoid dengan jayanya kepada 28 orang yang terdiri daripada 21 orang peserta kursus penyediaan cendol dan laksa serta 7 orang dari kilang pembuatan roti Baker's Boy Di seksyen 20, Shah Alam. PERANGSANG merupakan badan di bawah Kerajaan Selangor yang mengendalikan kursus bagi golongan belia untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan. Peserta usahasama PERANGSANG dan Hijrah Training & Management pada sesi ini mengajar cara untuk berniaga Laksa dan Cendol secara terperinci dan komprehensif. Baker's boy pula merupakan syarikat pembuat roti yang bertaraf international yang telah bertapak di Arab saudi, UAE, Vietnam dan beberapa negara lagi. Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai tenaga pengajar yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk memberikan kursus asas pengendali makanan di Hijrah training

Kursus Asas Penegndali Makanan bersama Restoran Table Talk, TTDI

Pada 24 September 2014 jam 3-6ptg, al Barakah telah menganjurkan Kursus Asas Pengendali Makanan dengan jayanya kepada 10 orang staff Restoran Table Talk di Taman Tun Dr. Ismail. Table Talk merupakan restoran yang dimiliki oleh syarikat  Sweet Leisure Sdn Bhd  yang menghidangkan menu ala barat dalam suasana restoran yang berhawa dingin dan hiasan seperti berada di rumah.  Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai tenaga pengajar yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk menganjurkan kursus di Restoran Table Talk. Terima kasih diucapkan kepada warga Sweet Leisure Sdn Bhd. Al Barakah Food Management and Consultancy Merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kursus ini kepada semua pengendali makanan di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Kursus Asas Pengendali Makanan di TTDI, Kuala Lumpur Kursus Asas Pengendali Makanan - Peserta mendengar dengan teliti

Kursus Pengendalian Makanan dan Suntikan Typhoid di Kota Damansara bersama Surga & Co, pada 29 Aug 2014

Pada 29 august 2014 jam 9-12, al Barakah telah menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan & Suntikan Typhoid kepada 10 orang staff Surga & Co di kota damansara. Surga & Co merupakan syarikat yang di miliki oleh Pn. Rita yang mempunyai kepakaran dalam bidang Bakery. Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai cikgu yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk menganjurkan kursus di tempat Surga & Co. Terima kasih diucapkan kepada warga Surga & Co. Al Barakah Food Management and Consultancy Merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kursus ini kepada semua pengendali makanan di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Kursus Pengendali Makanan di Kota Damansara bersama Surga & Co Kursus Pengendali Makanan di Kota Damansara bersama Surga & Co Kursus Pengendali Makanan di Kota Damansara bersama Surga & Co Setelah selesai k

Kursus Pengendali Makanan Di Putrajaya Bersama staff Fruitjuice

Al Barakah FMC telah menganjurkan Kursus Pengendalian MAkanan oleh KEmenterian Kesihatan Malaysia dengan jayanya di Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya dengan peserta dari syarikat Fruitjuice seramai 8 orang. Al barakah FMC selaku penganjur dan En. Abdul Rahman selaku cikgu yang ditauliahkan oleh KKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Fruitjuice kerana memilih Albarakah FMC. Semoga ilmu yang dipelajari diamalkan dan dimanfaatkan agar kebersihan sentiasa menjadi keutamaan di premis dan kesihatan pelanggan terjamin. Al Barakah FMC merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menganjurkan Kursus Pengendalian makanan Di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Peniaga Bazaar Ramadhan 2014 wajib mengambil suntikan typhoid

Tidak lama lagi umat islam khususnya di Malaysia akan menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 2014 yang penuh keberkatan. Pastinya apa yang sinonim dengan bulan ramadhan di sudut benak kita ialah BAZAAR RAMADHAN. Bulan inilah umat Islam di Malaysia khususnya menikmati juadah-juadah pelbagai rupa dan rasa, malah kadangkala menyebabkan tabiat makan kita lebih daripada biasa. Namun begitu, kita tidak boleh alpa dari mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mempraktikkan makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang seperti mana Rasullullah ajarkan kepada kita. Ini kerana jika kita lihat kembali, kebanyakan penyakit pada hari ini berpunca daripada makanan. Mahu menjamu selera itu boleh tetapi berpada-padalah. Kepada para peniaga anda diingatkan supaya mengambil suntikan Vaksin Typhim di klinik kerajaan atau swasta. Ini untuk mengelakkan jangkitan Typhoid lebih-lebih lagi daripada pengendali makanan kepada pelanggan. Anda cuma perlu mengambil vaksin sekali dalam masa 3 tahun. Vak

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad sunt

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan Kursus pengendalian makanan adalah di bawah lesen Al-Barakah Training Centre PLT ( LLP-0005932LGN ) yang telah dilantik sebagai Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014. Kursus pengendalian makanan  adalah diwajibkan bagi semua pengendali makanan. Kursus ini direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan melengkapi semua pengendali dan operator makanan dengan informasi tentang kebersihan makanan agar kualiti makanan dapat dijamin bersih dan segar mengikut piawaian KKM. Peraturan mengenai kewajipan untuk menghadiri kursus ini ada termaktub di dalam Akta Makanan 1983.   Bayaran :  RM 60.00 Per Orang (  Yuran Kursus wajib RM50 + RM10 cas administrasi, pengurusan, refreshments, pemfailan dan dokumentasi peserta ) Tempoh Kursus :  3 Jam Sijil : Sijil kehadiran Kursus akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan kursus. Tempoh Sah Laku sijil : Tiada tempoh sah laku