Langkau ke kandungan utama

Halal Consultant Malaysia Produk Makanan & Minuman

Halal Consultant Malaysia Produk Makanan & Minuman


Halal consultant atau Perunding Halal merupakan individu yang membantu pemohon pensijilan halal Malaysia dalam menguruskan permohonan halal daripada JAKIM. Sungguhpun Halal Consultant menguruskan permohonan halal daripada A-Z, namun mereka bukan merupakan orang tengah yang memohon "bagi pihak" pemohon. 

Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM sangat tegas berhubung ini dan telah jelas menyatakan pemohon hendaklah memohon sendiri pensijilan halal; tetapi boleh dibantu oleh pihak ke-3 yang tugasnya adalah membimbing dalam permohonan pensijilan halal.

Di sinilah tugas sebenar Halal Consultant.


Skop Kerja Halal Consultant


Apabila anda hendak melantik Halal Consultant untuk permohonan halal JAKIM, pastikan skop kerja yang diberikan oleh consultant tersebut. Ini adalah kerana ramai yang menggelar diri mereka consulatnt akan tetapi skop kerjanya lebih kepada kerja-kerja "Runner".

Skop kerja perunding Halal boleh berbeza-beza bergantung kepada keperluan dan keperluan khusus pelanggan mereka. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa bidang kepakaran dan tanggungjawab biasa yang boleh dilakukan oleh perunding Halal:

1. Penilaian Pematuhan Halal


Perunding Halal menilai operasi, proses dan ramuan semasa perniagaan untuk menilai pematuhan terhadap piawaian Halal. Mereka mengenal pasti mana-mana kawasan ketidakpatuhan dan memberikan cadangan penambahbaikan dan tindakan pembetulan yang perlu di buat. Ini lazimnya di sebut 'Gap Analysis'.

"Gap Analysis" yang di laksanakan mestilah berdasarkan garis panduan halal antaranya MS1500:2019, Manual Prosedur Permohonan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) dan Malaysia Halal management System 2020 (MHMS 2020).

2. Bimbingan Pensijilan Halal


Halal Consultant membimbing pemohon melalui proses mendapatkan pensijilan Halal. Mereka membantu dalam melengkapkan dokumentasi yang diperlukan, berhubung dengan badan pensijilan Halal, dan memberikan sokongan semasa proses permohonan dan penilaian pensijilan.

3. Latihan dan Bengkel Halal


Mereka seharusnya mengadakan sesi latihan dan bengkel untuk mendidik pemilik perniagaan, kakitangan dan pihak berkepentingan yang berkaitan tentang prinsip, keperluan dan amalan terbaik Halal. Ini sangat penting meningkatkan pemahaman dan pelaksanaan piawaian Halal mereka.

Dua latihan yang penting adalah


4. Analisis sumber Bahan ramuan dan Produk


Consultant Halal menyemak semua bahan dan produk yang digunakan oleh pemohon untuk memastikan pematuhan kepada keperluan Halal. Mereka menyediakan panduan untuk mendapatkan bahan yang diperakui Halal dan mencadangkan alternatif yang sesuai untuk komponen bukan Halal.

5. Penilaian Proses dan Kemudahan fasiliti


Mereka seharusnya menilai proses pembuatan, kemudahan, peralatan dan kawasan penyimpanan untuk mengenal pasti sebarang potensi sumber pencemaran silang atau ketidakpatuhan piawaian Halal. Mereka mengesyorkan perubahan atau penambahbaikan yang diperlukan untuk memastikan sistem jaminan Halal syarikat terjamin.

Ini perbezaan antara Halal Consultant yang berpengalaman, yang baru nak mula dan "Runner". Halal Consultant yang berpengalaman mahir dalam bahagian ini dan perkara ini menyebabkan auditor halal akan berpuas hati.

6. Pengurusan Rantaian Bekalan Halal


Perunding menasihati perniagaan untuk mengekalkan integriti Halal di seluruh rantaian bekalan, termasuk pemilihan pembekal, pengangkutan, penyimpanan dan pengendalian bahan dan produk siap. Mereka membantu membangunkan sistem dan protokol untuk memastikan pematuhan Halal dari pembekal hingga ke pengeluaran produk siap kepada pelanggan.

7. Jaminan Kualiti dan Audit


Halal Consultant MESTI boleh membantu dalam mewujudkan sistem jaminan kualiti dan menjalankan audit dalaman untuk memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian Halal. Mereka membantu perniagaan melaksanakan mekanisme pemantauan dan kawalan untuk mengekalkan integriti Halal.

Disebabkan keperluan ini, seorang Halal Consultant lazimnya memiliki 3 perkara ini:

  • Pengalaman dalam industri halal
  • Memiliki Sijil Eksekutif Halal (Halal Executive)
  • Memiliki Sijil Pengauditan Halal Dalaman (Halal Internal Audit)

Ketiga-tiga perkara ini di antara kriteria Halal Consultant yang mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.


Kadar Fi Halal Consultant

Kadar fi perunding halal di Malaysia boleh bermula dari RM7,000 sehingga RM50,000 bergantung kepada skop kerja, industri, lokasi dan keperluan lain pemohon.

Bagi pemohon kategori mikor dan kecil kebiasaanya di bawah RM20,000. Ia tidak semestinya tepat akan tetapi ia boleh di jadikan rujukan.

Kadar fi di bawah daripada yang dinyatakan di atas kebiasaanya adalah yuran bagi "Runner" halal yang latarbelakang dan professionalismnya boleh dipertikaikan.

Kesimpulan


Halal consultant tugasnya membantu dan memudahkan syarikat dalam mendapatkan pensijilan halal. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa skop kerja khusus boleh berbeza-beza berdasarkan keperluan pelanggan, industri dan lokasi geografi. Perunding halal menyesuaikan perkhidmatan mereka untuk membantu pemohon dalam mencapai dan mengekalkan pematuhan Halal sambil menyelaraskan dengan keadaan dan matlamat syarikat.

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni? Pen

Kursus Kesedaran Halal / Halal Awareness Traininig 2022

  Kursus Kesedaran Halal : Halal Good Practice (HGP) Latarbelakang Seperti yang di nyatakan dalam Prosedur Manual untuk Persijilan Halal Malaysia 2020 (Domestik) di mana pihak pengurusan syarikat yang di iktiraf halal WAJIB memastikan setiap pekerja menerima latihan berkaitan halal seperti Halal Awareness Training / latihan kesedaran halal Kursus latihan ini memberi pendedahan kepada peserta konsep asas Halal & Toyyib serta amalan yang baik untuk di praktikkan semasa mengendali pemperosesan makanan dalam mengekalkan integriti halal di dalam sesebuah organisasi. Hasil Pembelajaran Objektif Latihan: Memahami dan meningkatkan kesedaran kakitangan syarikat mengenai prinsip utama Halal dan Haram Memupuk nilai tanggungjawab kakitangan syarikat untuk menjaga etika dan disiplin dalam pematuhan kepada piawaian halal. Kakitangan syarikat akan memahami punca kepada pembatalan dan penarikan balik sijil oleh JAKIM Kakitangan syarikat akan memahami aspek-aspek amalan pengendalia

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad sunt