Pensijilan halal merupakan satu pensijilan yang sangat penting bagi perniagaan yang berasaskan jualan makanan dan minuman pada zaman ini.
Dengan saiz pasaran halal dunia yang kian melonjak naik menandakan permintaan terhadap produk halal semakin meningkat.
Usahawan di Malaysia tidak seharusnya terlepas daripada peluang ini kerana Malaysia sedang melaksanakan pelan jana semula ekonomi negara dengan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar produk makanan halal nombor #1 dunia.
PENJANA PKS HALAL 100+ adalah sebuah inisiatif Al Barakah Training solution sdn bhd untuk meningkatkan bilangan perniagaan Mikro dan Kecil dalam pensijilan Halal Malaysia.
Subsidi 50% atau maksima RM5,000 di berikan kepada pemohon yang layak di bawah program PENJANA PKS HALAL 100% yang membantu mereka mendapatkan pensijilan halal dengan bimbingan Al Barakah Training Solution sebagai perunding.
Siapa Yang Layak Mohon Pensijilan Halal PENJANA100+?
Syarat pemohon yang layak untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua usahawan Perniagaa Mikro & Kecil di seluruh Malaysia (Produk Makanan & Minuman sahaja)
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 Bulan
- Mempunyai premis perniagaan dengan lesen Majlis Pihak Berkuasa Tematan (PBT) (Bukan di rumah)
- Hanya menjual makanan/produk halal sahaja.
Apakah kategori perniagaan yang layak memohon PENJANA100+ pensijilan halal?
Insentif yang diberikan di bawah program ini di khususkan kepada kategori perniagaan yang berikut:
- Restoran
- Pengeluar produk makanan & Minuman
- Food Truck
- Cafe / Cafeteria
Bagaimana cara mohon pensijilan halal di bawah program PENJANA PKS HALAL 100+?
Permohonan boleh di buat melalui borang ini > PENJANA100+ Halal PKS
Ulasan
Catat Ulasan