Langkau ke kandungan utama

Kupon Diskaun RM100 Untuk Direbut - Jom Mohon Halal


 Kupon Diskaun RM100 Sudah Dibuka Untuk Direbut

Pensijilan Halal dari tahun ke tahun menjadi semakin popular disebabkan jaminan halal yang diberikan selain daripada kebersihan sesuatu produk makanan

Zaman beralih kepada lebih moden dan penghasilan makanan pada masa kini sangat kreatif dengan penggunaan teknologi yang canggih. Terlalu pesat dan cepat industri pengeluaran membangun menjadi tanda tanya kepada kita sebagai pengguna apakah selamat kita makan produk X? 

Apatah lagi kita sebagai umat islam, adakah produk Y ini mematuhi hukum syarak dari penggunaan bahan mentah dan cara pengendaliannya semasa ia diproses?

Tahun ini (2019) kita dikejutkan dengan berita viral berkenaan terdapatnya DNA babi pada gula-gula susu berjenama 'RABIT' yang kita semua rakyat Malaysia dah sedia maklum dan pasti pernah makan sewaktu kecil dahulu.



Bayangkan, penulis sendiri memang menggemari gula-gula tersebut yang selalu membelinya 20 tahun yang lalu!

Peluang Untuk Pengusaha IKS Malaysia

Pengusaha IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di Malaysia seharusnya mengambil peluang mendapatkan pensijilan halal untuk produk mereka.

Ini adalah kerana populariti Skim Pensijilan Halal Malaysia adalah sangat tinggi di peringkat global kerana 'Brand" JAKIM sendiri dianggap sangat dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi, tidak seperti pensijilan Halal lain.

Ini bermakna, produk anda boleh bersaing dengan produk lain yang sama kategori kerana ada nilai tambah pada produk anda setelah mendapatkan pensijilan Halal Malaysia.

Rebut peluang Diskaun RM100 di sini >> Kod Diskaun

Rumusan

Pertumbuhan penduduk muslim dunia semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kesedaran terhadap perlunya mencari bahan ramuan yang halal meningkat secara mendadak sejak dari 2009.

Makanan halal bukan sahaja mendapat tempat di kalangan muslim malah non-muslim juga sengan dengan produk halal kerana erti kata lain dari halal adalah bermaksud ia selamat digunakan dan kualiti kebersihannya ternyata terjamin.

Untuk produk-produk yang di buat di Malaysia, ini adalah antara peluang yang paling baik untuk memperkenalkan produk anda di persada dunia, kerana pensijilan halal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?...

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad ...

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan Kursus pengendalian makanan adalah di bawah lesen Al-Barakah Training Centre PLT ( LLP-0005932LGN ) yang telah dilantik sebagai Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014. Kursus pengendalian makanan  adalah diwajibkan bagi semua pengendali makanan. Kursus ini direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan melengkapi semua pengendali dan operator makanan dengan informasi tentang kebersihan makanan agar kualiti makanan dapat dijamin bersih dan segar mengikut piawaian KKM. Peraturan mengenai kewajipan untuk menghadiri kursus ini ada termaktub di dalam Akta Makanan 1983.   Bayaran :  RM 60.00 Per Orang (  Yuran Kursus wajib RM50 + RM10 cas administrasi, pengurusan, refreshments, pemfailan dan dokumentasi peserta ) Tempoh Kursus :  3 Jam Sijil : Sijil kehadiran Kursus akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan kursus. Tempoh Sah Laku ...