INI DIA 7 SEBAB KENAPA RAMAI CAKAP PENSIJILAN HALAL JAKIM SUSAH NAK APPLY
Sumber:Astro Awani |
Setelah 10 tahun dalam industri, dan berjumpa dengan ratusan pelanggan, dapat info dari sana-sini, rupanya barulah kami faham mengapa ramai orang menganggap pensijilan halal ini sesuatu yang sangat susah nak apply sehinggakan kalau tiada pensijilan halal pon tak mengapalah, nak buat macam mana.
.
.
RUGI.
RUGI.
RUGI.
RUGI.
RUGI.
RUGI.
.
.
Ye, sangat rugi sekiranya anda tidak mendapatkan pensijilan halal yang sekarang satu dunia tengah sibuk untuk memahami dan mengaplikasikan standard halal kepada produk mereka.
.
Ye, sangat rugi sekiranya anda tidak mendapatkan pensijilan halal yang sekarang satu dunia tengah sibuk untuk memahami dan mengaplikasikan standard halal kepada produk mereka.
.
.
Kerana mereka faham permintaan halal ni sedang meningkat naik bahkan sekarang sahaja industri halal global mencecah USD Trillion.
.
Kerana mereka faham permintaan halal ni sedang meningkat naik bahkan sekarang sahaja industri halal global mencecah USD Trillion.
.
.
Setelah bertahun dalam industri, kami memahami sesuatu dari industri dan ini merupakan antara perkara-perkara yang major mengapa usahawan makanan khususnya give-up dengan pensijilan Halal Malaysia.
Setelah bertahun dalam industri, kami memahami sesuatu dari industri dan ini merupakan antara perkara-perkara yang major mengapa usahawan makanan khususnya give-up dengan pensijilan Halal Malaysia.
.
1) DENGAR CAKAP ORANG
.
Belum apa-apa lagi dah cakap susah nak mohon sijil halal sebab dengar cakap-cakap orang! Orang yang cakap susah tu pon dengar cakap orang juga.
.
2) TAKNAK ‘WALK-IN‘ KE JAKIM/JAIN
.
Pegawai Halal tu sangat komited untuk membantu anda sekiranya anda datang walkin ke pejabat mereka dan beritahu situasi anda.
.
Percayalah, kalau pergi ke JAKIM tu, bukannya mcm Klinik Kerajaan ramai orang, tapi hampir-hampir tiada orang, anda boleh bersembang lama dengan pegawai halal.
.
3) NAK JIMAT, TAKNAK HADIR KURSUS
.
Kursus, seminar, taklimat, bengkel (siap yang free pon ada) taknak pergi, lepas tu terus nak apply dah sangkut pergi canang satu kampung kata susah mohon halal.
Tolong lah, ini adalah pensijilan piawaian yang tinggi. Ada proses, ada garis panduan. Bukan macam nak apply lesen motor.
.
4) MAHAL FEE SIJIL HALAL JAKIM NIH
.
Ye memang mahal kalau tidak mahu belajar ikut aturan. Sebab anda akan menanggung kerugian atas apa yang anda tidak tahu. Ramai orang salah faham yang mohon halal ni kene guna Consultant.
Bayar range dalam RM 3000~25000. Siap ada yang ambil kesempatan dapat deposit lari. Tahukah anda sekiranya anda mohon sendiri, FEE hanya RM 200 Sahaja!
.
.
5) SUSAH NAK SIAPKAN DOKUMEN HALAL
.
Yang ini JAKIM dah siap bagi list dokumen yang perlu disiapkan. Ye, part dapatkan sijil pengesahan halal tu agak rumit tapi sangat senang untuk dapatkan kalau tahu cara.
.
6) LAMA SANGAT NAK APPLY HALAL, AKU GIVE UP
.
Ye, memang lama nak mohon sijil halal JAKIM ni. sebab yang lama tu kau! Dulu ye memang diakui lama nak mohon sijil halal ni. 6 bulan hingga setahun.
.
Tapi itu sebab kekangan tenaga kerja kakitangan pengurusan Halal. Tapi sekarang dah cepat. Penambahbaikan berjalan dengan baik sistem pengurusan Halal JAKIM.
.
Pengalaman kami, pemohon halal ni mengambil masa yang sangat lama untuk siapkan dokumen halal.
.
7) KENE ADA KILANG BESAR BARU BOLEH APPLY HALAL
.
Adoi. Banyak dah Industri mikro yang dah dapat pensijilan halal JAKIM ni. tau tak industri mikro ni sales dia setahun RM300K sahaja. Tapi janganlah kau sales berbiliun-biliun tapi beroperasi di rumah.
.
Memang takkan dapat la mohon sijil mana sekalipun HALAL, GMP,HACCP,ISO.. Jangan Harap.
.
Itu dia 7 sebab. Ada banyak lagi tapi ni yang utama lah.
.
Kalau ada kawan-kawan yang seakan-akan mentaliti macam ni boleh la kongsikan artikel ni kat dia biar terbuka minda sikit Anda pula bagaimana?..
.
Ada nak tambah lagi poin-poin sebab nak mohon sijil halal ni susah? Boleh kongsi di ruangan komen.
Ulasan
Catat Ulasan