Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Biasa Tapi Merbahaya – Pencemaran Silang (Bhgn1)

  Pencemaran silang yang sering terjadi di Restoran. -Foto Kredit Tripadvisor.com Biasa Di Buat Tapi Amat Merbahaya – Pencemaran Silang Pernahkah kita menggunakan pisau yang sama untuk memotong ayam dan sayur di rumah atau di restoran? Meletak pencedok ais dalam tong ais? Memegang handphone ketika mengendalikan makanan? Ya, Ini adalah amalan biasa yang kita pernah lihat dan menjadi rutin harian sebilangan pengendali makanan. Tapi tahukan anda amalan tersebut merupakan antara faktor utama kepada keracunan makanan? Pencemaran silang atau dalam bahasa inggeris di sebut Cross Contamination berlaku apabila mikroorganisma secara tidak sengaja dipindahkan dari satu bahan ke bahan yang lain dan menyebabkan kesan yang berbahaya. Contohnya seperti penggunaan pisau/papan pemotong yang sama untuk memotong ayam🍗 dan timun 🥒. Ayam mentah mempunyai jumlah bakteria yang sangat banyak dan berbahaya😈 seperti Salmonella. Apabila kita memotong ayam tersebut , bakteri

'Halal Related Course' - Kemestian atau pilihan untuk pensijilan Halal Malaysia

Badan pensijilan Halal Malaysia iaitu JAKIM pada hari ini semakin tegas dalam menangani isu kualiti & kredibiliti halal selaku pemain utama industri halal dunia. Ini adalah kerana terdapat banyak pemohon-pemohon pensijilan sedia ada yang tidak mematuhi garis panduan sedia-ada yang ditetapkan di dalam Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) Semakan ke-tiga dan MS1500:2009. Oleh kerana itu pada tahun ini (2019), JAKIM akan memperkenalkan MPPHM semakan ke-empat 2019 dengan menambah-baik komponen-komponen yang sebelumnya sering dipertikaikan dan diselewengkan. Sebenarnya keperluan latihan halal kepada pekerja berkenaan halal telah pun termasuk di dalam garis panduan tetapi begitu banyak syarikat yang tidak mengendahkan perkara ini dan sengan yang sedemikian, pengurusan halal dalam syarikat tidak dijalankan dengan baik dan kredibiliti pengiktirafan halal tersebut wajar diragui kerana lemahnya Sistem Jaminan Halal di dalam syarikat. 'Halal Related Course&