Langkau ke kandungan utama

10 Tips Masakan Hari Raya Tahan Lama Tak Basi

Gambar - Ihsan Google


Syawal Tiba Lagi

8 Jun 2018 pada hari ini maka bulan Ramadhan hanya tersisa 6 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari yang dinantikan iaitu hari kemeriahan dan hari kemenangan setelah 30 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa menahan nafsu dari berlebih-lebihan.
Perasan atau tidak, di bulan puasa kita jarang sekali ada masalah dengan sistem penghadaman seperti sakit perut dan sebagainya (melainkan sakit gastrik alasan tak puasa) tetapi kalau di hari raya, sakit perut dah jadi sinonim.
Ini disebabkan kita menjaga makan kita dengan tidak keterlaluan. Tapi tidak dinafikan ada juga kes keracunan makanan yang dibeli dari PARAM (Pasar Ramadhan) dan juga sakit perut kerana terlebih makan.
Berbeza pula dengan apabila tiba hari raya.
Kita cenderung untuk makan banyak kerana telah 30 hari berpuasa sehingga seawal pagi sebelum solat Hari Raya dah masuk rendang ayam ke dalam perut sedangkan perut kita sudah terbiasa kosong di waktu pagi.
Apatah lagi kelaziman mak-mak kita akan masak juadah hari raya pada malam sebelum Hari raya.
Cara penyimpanan lauk-lauk adalah amat penting bagi memastikan ianya tahan lama dan masih boleh bertahan sehingga raya ke-2 mahupun ke-3!
Ini juga termasuk ‘Open House’ di mana sesetengah jemputan dari pagi hingga malam. Bagaimana menguruskan makanan dari pagi hingga malam agar lauk tersebut masih selamat dimakan.
Di sini kami kongsikan 10 tips-tips yang boleh diamalkan menjelang Hari Raya nanti dan sebenarnya harus diamalkan selalu.

10 Tips agar Juadah Hari Raya Tahan Lama

1. Kebersihan Diri
Terkejut bukan? Haha. Tetapi itulah hakikatnya. Pencemaran makanan yang paling awal sebenarnya bermula pada diri yang memasak.
Pastikan diri dalam keadan bersih iaitu dengan berkuku pendek, memakai pakaian bersih semasa penyediaan makanan dan memakai tutup kepala sewaktu memasak.
2. Kebersihan persekitaran & Alatan memasak 
Selain keberihan diri, pastikan juga persekitaran dapur tempat memasak dalam keadaan bersih. Alatan seperti periuk dan senduk juga pastikan bersih.
Penggunaan alatan senduk kayu perlu perlu diberi perhatian lebih semasa dicuci kerana sifatnya kayu menyerap air takut sisa lama masih melekat di dalam kayu. Ingat, jangan lebih teruk dari dapur restoran ðŸ™‚
3. Bahan Mentah
Masakan Hari raya wajib ada santan. Pastikan santan yang dibeli masih segar dan elok. Periksa sekali lagi sebelum guna apakah masih baik atau tidak.
Seeloknya santan disimpan di dalam freezer selepas dibeli.
Bagi ayam pula, pastikan isi pejal, tidak berlendir, tidak berubah warna seakan lebam atau kehijauan, tidak berbau busuk dan pastikan ia kelihatan segar.
Penggunaan bahan lain pula pastikan ia belum tamat tempoh luput dan masih dalam keadaan elok iaitu tidak berkulat atau berdebu.
4. Proses Bahan Mentah
Memperoses bahan mentah terutama ayam hendaklah dicuci dengan bersih darah-darah serta kotoran lain. Pastikan proses pembersihan dilakukan ditempat yang bersih dan bukan diatas lantai.
TIPS EMAS DARI OTAI: Daging segar yang dibeli di pasar jangan basuh dan simpan. Terus disimpan di dalam Freezer. Hanya basuh apabila hendak di masak. Ini adalah kerana sekiranya dibasuh terlebih dahulu, ia akan mempercepatkan proses pembiakan bakteria pada daging tersebut.
5. Memasak
Memasak merupakan proses yang kritikal dalam penyediaan makanan. Pastikan bahan mentah seperti ayam, ikan, daging di nyahbekukan (defrost/thaw) terlebih dahulu. Takut luar nampak sedap, dalam masih sejuk berdarah haish.
Pastikan masakan benar-benar masak sepenuhnya sebelum api dimatikan untuk mengelakkan makanan separa masak. Tempoh masakan pula janganlah terlalu awal, esok raya tapi lepas asar dah siap masak untuk raya.
Seeloknya 4 jam sebelum dihidangkan tambahan dengan cara penyimpanan makanan yang baik.
6. Menghidang Makanan
Menghidang makanan makanan penting untuk memastikan lauk-lauk tahan lama. Pastikan semua makanan yang terhidang diletakkan senduk, penyepit atau sudu bagi mengelakkan diambil dengan menggunakan tangan.
Ingat, tangan merupakan kandang bakteria.
Gunakan perkakasan yang bersih dan dicuci terlebih dahulu dan dilap kering. Pastikan mangkuk lauk yang digunakan jenis yang bertutup.
Jangan sekali menindan pinggan ala-ala masakan padang kerana bawah pinggan tersebut pastinya tidak bersih.
7. Penyimpanan Makanan
Pastikan lauk yang tidak habis disimpan di dalam peti ais dalam keadaan bertutup. Elakkan membiarkan lauk di meja melebihi 2 jam.
Sekiranya perlu, panaskan semula sebelum dihidangkan.Sekiranya memerlukan ia sentiasa diluar seperti ‘Open House‘ sampai malam, pastikan lauk dipanaskan semula setiap 4 jam.
8. Pengurusan Lauk
Jangan sesekali campur lauk yang lama dengan lauk yang baharu. Andai kata lauk lama dah tak elok, alamatnya lauk baru pon jadi tak elok kalau dicampur.
9. Percaya dengan deria
Gunakan dan percaya dengan deria bau, Lihat dan Rasa. Sekiranya lauk sudah nampak berbuih dan dah ada bau basi pastikan terus buang.
Jangan “.. Eh boleh lagi ni.. boleh lagi ni..”
Mungkin bagi sesetengah orang tidak mendatangkan kesan, tetapi ia akan memberi kesan kepada kanak-kanak dan orang tua di mana daya tahan badan yang lemah.
10. Pengawalan Lalat
Spesifik di sini nyatakan lalat walaupun serangga perosak ada banyak lagi tetapi lalat merupakan serangga kritikal kerana sifatnya yang kotor dan bertelur pada makanan.
Untuk pengawalan lalat, boleh gunakan lilin aromaterapi untuk menghindar lalat. Elok juga kalau guna yang bau serai wangi, katanya serangga tak suka betul dengan bau serai wangi.

Semoga Bermanfaat! ðŸ™‚

Artikel Asal : https://www.al-barakah.com.my/10-tips-juadah-hari-raya-tahan-lama-dan-kekal-fresh/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni? Pen

Kursus Kesedaran Halal / Halal Awareness Traininig 2022

  Kursus Kesedaran Halal : Halal Good Practice (HGP) Latarbelakang Seperti yang di nyatakan dalam Prosedur Manual untuk Persijilan Halal Malaysia 2020 (Domestik) di mana pihak pengurusan syarikat yang di iktiraf halal WAJIB memastikan setiap pekerja menerima latihan berkaitan halal seperti Halal Awareness Training / latihan kesedaran halal Kursus latihan ini memberi pendedahan kepada peserta konsep asas Halal & Toyyib serta amalan yang baik untuk di praktikkan semasa mengendali pemperosesan makanan dalam mengekalkan integriti halal di dalam sesebuah organisasi. Hasil Pembelajaran Objektif Latihan: Memahami dan meningkatkan kesedaran kakitangan syarikat mengenai prinsip utama Halal dan Haram Memupuk nilai tanggungjawab kakitangan syarikat untuk menjaga etika dan disiplin dalam pematuhan kepada piawaian halal. Kakitangan syarikat akan memahami punca kepada pembatalan dan penarikan balik sijil oleh JAKIM Kakitangan syarikat akan memahami aspek-aspek amalan pengendalia

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad sunt