Langkau ke kandungan utama

Kursus Asas Halal & Toyyib Siri~3

𝙆𝙪𝙧𝙨𝙪𝙨 𝘼𝙨𝙖𝙨 𝙃𝙖𝙡𝙖𝙡 & 𝙏𝙤𝙮𝙮𝙞𝙗 𝙎𝙞𝙧𝙞-3


Industri halal di Malaysia mula diperkenalkan secara serius apabila penggunaan logo halal Malaysia diseragamkan dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan termasuk di dalam Akta Perihal Dagangan Halal 2011. Namun begitu, tiada kursus halal atau latihan dan penerangan yang meluas tentang Pensijilan Halal Malaysia (PHM) berkenaan kepentingan halal, cara memohon dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Kami dari 𝘼𝙡-𝘽𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙏𝙧𝙖𝙞𝙣𝙞𝙣𝙜 𝘾𝙚𝙣𝙩𝙧𝙚 𝙋𝙇𝙏 berusaha agar maklumat dan ilmu berkaitan industri halal dapat disebarluaskan ke semua negeri di Malaysia bermula dengan negeri Selangor dan yang berdekatan. Kursus Asas Halal & Toyyib merupakan antara syarat yang wajib dilaksanakan seperti yang terkandung di dalam Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia. Namun begitu, ia belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Oleh kerana sistem pendaftaran & pengurusan Halal di Hab halal JAKIM masih baru, maka proses menguatkuasakan semua syarat-syarat yang terkandung di dalam manual permohonan dikuatkuasakan secara berperingkat. Pada Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-2 ini, kami akan menjelaskan tentang pembaharuan dan syarat-syarat baharu yang diperkenalkan oleh pihak Hab Halal Jakim.

𝙆𝙚𝙥𝙚𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙪𝙧𝙨𝙪𝙨 𝙃𝙖𝙡𝙖𝙡 & 𝙏𝙤𝙮𝙮𝙞𝙗

Kursus ini diwajibkan hadir oleh semua kakitangan yang terlibat secara langsung dalam sesebuah syarikat yang memegang sijil pengiktirafan Halal JAKIM. Ini adalah bagi memastikan semua kakitangan syarikat tersebut terutama yang di bahagian dapur dan ‘Purchaser’ iaitu yang menguruskan pembelian bahan mentah tahu akan etika pengurusan halal dan menjaga kredibilti Pensijilan Halal itu sendiri. Antara kepentingan lain adalah bagi memastikan gerak kerja kakitangan pengendali makanan selari dengan garis panduan syara’ dan keselamatan makanan agar kualiti Halal & toyyib dapat di capai. Pengusaha produk makanan dan individu digalakkan menghadiri kursus ini bagi persediaan memohon pensijilan Halal Malaysia.

𝑻𝒐𝒑𝒊𝒌 𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔

Kursus ini adalah dalam tempoh satu hari dan akan dibahagikan kepada 3 topik iaitu:
  • Syarat-syarat & Permohonan Pensijilan Halal Malaysia
  • Pengenalan Halal & Toyyib mengikut perspektif Syara’
  • Skim Pensijilan Halal JAKIM

𝒀𝒖𝒓𝒂𝒏

Yuran kebijaksanaan yang dikenakan adalah seperti berikut:
1 Pax – RM 200 RM 150 2 Pax – RM 350 RM 260 3 Pax – RM 450 RM 330 **Jumlah Peserta dihadkan kepada 20 orang sahaja.

𝑪𝒂𝒓𝒂 𝑫𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓

Untuk pendaftaran, sila ke laman pendaftaran hubungi Koordinator kursus kami:
Puan Fatin Nur Izzati Mobile : +6017 . 328 . 4947 ( Call / Whatsapp / SMS ) email: frontdesk@al-barakah.com.my Nota: Makanan, nota kursus, Refreshments ada disediakan. Terima kasih & Jumpa anda di Sana!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni? Pen

Kursus Kesedaran Halal / Halal Awareness Traininig 2022

  Kursus Kesedaran Halal : Halal Good Practice (HGP) Latarbelakang Seperti yang di nyatakan dalam Prosedur Manual untuk Persijilan Halal Malaysia 2020 (Domestik) di mana pihak pengurusan syarikat yang di iktiraf halal WAJIB memastikan setiap pekerja menerima latihan berkaitan halal seperti Halal Awareness Training / latihan kesedaran halal Kursus latihan ini memberi pendedahan kepada peserta konsep asas Halal & Toyyib serta amalan yang baik untuk di praktikkan semasa mengendali pemperosesan makanan dalam mengekalkan integriti halal di dalam sesebuah organisasi. Hasil Pembelajaran Objektif Latihan: Memahami dan meningkatkan kesedaran kakitangan syarikat mengenai prinsip utama Halal dan Haram Memupuk nilai tanggungjawab kakitangan syarikat untuk menjaga etika dan disiplin dalam pematuhan kepada piawaian halal. Kakitangan syarikat akan memahami punca kepada pembatalan dan penarikan balik sijil oleh JAKIM Kakitangan syarikat akan memahami aspek-aspek amalan pengendalia

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad sunt