Langkau ke kandungan utama

Pameran Al Barakah Halal Consultant Di Program Chefmanship Anjuran MBSA dan Unilever Food Solutions

Pada 10 Disember 2013, Al barakah dijemput untuk turut mengambil bahagian dalam mengetengahkan servis kami iaitu perunding pensijilan halal JAKIM. Ini adalah kerana jemputan yang hadir adalah pengusaha-pengusaha restoran di sekitar Shah alam. Ini memberi pendedahan kepada mereka dalam isu halal serta kebersihan premis makanan.Menurut MBSA, tujuan program tersebut adalah untuk :

  • Pendidikan pengurusan pengendalian makanan dan minuman
  • Program kerjasama usahawan berjaya
  • Keterampilan diri semasa penyediaan makanan
  • kebersihan premis makanan dan minuman
Hasil yang diperolehi di program setengah hari itu begitu memuaskan kerana pihak Al barakah dapat memberi penerangan mengenai Pensijilan Halal Malaysia kepada mereka yang singgah di Kiosk kami. Ternyata pengetahuan tentang permohonan pensijilan halal JAKIM masih tidak diketahui ramai.

Sekitar perasmian majlis

Kiosk Al Barakah food Management & Consultancy

Kaunter Pendaftaran peserta

Dewan Auditorium MBSA penuh

Staff MBSA yang begitu sibuk melayani pertanyaan peserta

Dewan Auditorium MBSA

Penjelasan isu halal dari speaker jemputan iaitu Ustaz solihin Maryakon, bhgn Hub Halal JAIS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?...

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad ...

Kursus Pengendalian Makanan

Kursus Pengendalian Makanan Kursus pengendalian makanan adalah di bawah lesen Al-Barakah Training Centre PLT ( LLP-0005932LGN ) yang telah dilantik sebagai Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014. Kursus pengendalian makanan  adalah diwajibkan bagi semua pengendali makanan. Kursus ini direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan melengkapi semua pengendali dan operator makanan dengan informasi tentang kebersihan makanan agar kualiti makanan dapat dijamin bersih dan segar mengikut piawaian KKM. Peraturan mengenai kewajipan untuk menghadiri kursus ini ada termaktub di dalam Akta Makanan 1983.   Bayaran :  RM 60.00 Per Orang (  Yuran Kursus wajib RM50 + RM10 cas administrasi, pengurusan, refreshments, pemfailan dan dokumentasi peserta ) Tempoh Kursus :  3 Jam Sijil : Sijil kehadiran Kursus akan diberikan kepada peserta yang telah menamatkan kursus. Tempoh Sah Laku ...