Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Kursus Wajib Pengendali Makanan Di Shah Alam bersama Peserta Kursus Perangsang dan Baker's Boy

Pada 12 November 2014 jam 230-530ptg, Al Barakah FMC telah menganjurkan Kursus Asas Pengendali Makanan dan sutikan Typhoid dengan jayanya kepada 28 orang yang terdiri daripada 21 orang peserta kursus penyediaan cendol dan laksa serta 7 orang dari kilang pembuatan roti Baker's Boy Di seksyen 20, Shah Alam. PERANGSANG merupakan badan di bawah Kerajaan Selangor yang mengendalikan kursus bagi golongan belia untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan. Peserta usahasama PERANGSANG dan Hijrah Training & Management pada sesi ini mengajar cara untuk berniaga Laksa dan Cendol secara terperinci dan komprehensif. Baker's boy pula merupakan syarikat pembuat roti yang bertaraf international yang telah bertapak di Arab saudi, UAE, Vietnam dan beberapa negara lagi. Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai tenaga pengajar yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk memberikan kursus asas pengendali makanan di Hijrah training

Kursus Asas Penegndali Makanan bersama Restoran Table Talk, TTDI

Pada 24 September 2014 jam 3-6ptg, al Barakah telah menganjurkan Kursus Asas Pengendali Makanan dengan jayanya kepada 10 orang staff Restoran Table Talk di Taman Tun Dr. Ismail. Table Talk merupakan restoran yang dimiliki oleh syarikat  Sweet Leisure Sdn Bhd  yang menghidangkan menu ala barat dalam suasana restoran yang berhawa dingin dan hiasan seperti berada di rumah.  Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai tenaga pengajar yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk menganjurkan kursus di Restoran Table Talk. Terima kasih diucapkan kepada warga Sweet Leisure Sdn Bhd. Al Barakah Food Management and Consultancy Merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kursus ini kepada semua pengendali makanan di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Kursus Asas Pengendali Makanan di TTDI, Kuala Lumpur Kursus Asas Pengendali Makanan - Peserta mendengar dengan teliti