Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Kursus Pengendalian Makanan di Al Barakah FMC

Terima kepada En. Pouzan dari pengusaha kantin Sekolah Menengah shahbandar, Kelang kerana mengikuti kursus ini beserta 10 peserta yang lain pada 18 Januari 2014. Kami berharap ilmu yang dipelajari dipraktikkan sebaik mungkin di kantin sekolah kelak. Terdapat begitu banyak kes keracunan makanan di kantin sekolah yang mungkin salah satu dari sebab adalah kekurangan ilmu dalam kendalian makanan. Ini adalah kerana mengikut pengalaman Albarakah FMC, jarang sekali peserta daripada pengusaha dan pekerja kantin sekolah sedangkan kantin sekolah merupakan tempat kritikal kerana makanan itu dijamu kepada anak-anak sekolah yang antibodinya masih lemah. Mudahan selepas ini lebih ramai dari peserta kursus dari golongan pengusaha kantin dapat menghadiri kursus Kendalian Makanan. Kursus Pengendalian Makanan di Albarakah FMC : Sesi menjawab soalan PRA Kursus Pengendalian Makanan di Albarakah FMC : Penyampaian sijil oleh Cikgu abd. Rahman Kursus Pengendalian Makanan di Albarakah F

Kursus Kendalian Makanan di ISland BBQ Steamboat Shah Alam.

Kursus kendalian makanan anjuran Albarakah FMC dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Island BBQ Steamboat pada 6 Januari 2014 pada 7.00-10.00 Mlm. Peserta seramai 17 orang telah menghadiri Kursus Kendalian Makanan ini dengan jayanya. Mudah-mudahan ilmu yang diberi oleh cikgu Abdul Rahman (tenaga pengajar KKM) dimanfaatkan sepenuhnya. Albarakah selaku penganjur kepada kursus ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengusaha restora Island BBQ steamboat iaitu Pn. Farida Abdul Rahman serta suami untuk hidangan yang luar biasa disediakan kepada pihak penganjur. Kepada yang ingin menikmati hidangan steamboat dengan suasana desa, sila buat tempahan anda di Island BBQ Steamboat Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5 (Kg Melayu Subang), 40150 Shah Alam, Selangor    GPS: N03 09.746′  E101 31.765′ HARGA; Dewasa – RM21.90 nett/pax Kanak2 – RM9.90 nett/pax (6-12 tahun) Bawah 5 tahun PERCUMA (untuk tempahan/pertanyaan: 01263380187)

Kursus Kendalian Makanan Anjuran Albarakah FMC Pada 21 Disember 2013

Albarakah FMC ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya bagi peserta kursus kendalian makanan yang dianjurkan pada 21 Disember 2013 di ruang seminar Albarakah FMC. Peserta kursus seramai 10 orang dari 3 pengusaha makanan yang berlainan.  Salah seorang peserta  tersebut pernah mengikuti kursus kendalian makanan sebelum ini mengatakan bahawa kursus anjuran Albarakah FMC adalah lain daripada yang lain kerana bahan yang di berikan lebih baharu dan tidak membosankan. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya! Kursus Kendalian Makanan Hala @ Bilik Seminar Albarakah : Ceramah oleh Tuan Rahman Kursus Kendalian Makanan Hala @ Bilik Seminar Albarakah : pemberian sijil Kursus Kendalian Makanan Hala @ Bilik Seminar Albarakah : pemberian sijil kepada Hj Johari Pemilik kilang Biskut Kursus Kendalian Makanan Hala @ Bilik Seminar Albarakah : pemberian sijil kepada Pn. Nora yang sangat berpuas hati dengan kursus anjuran Albarakah Kursu