Langkau ke kandungan utama

Kursus Wajib Pengendali Makanan Di Shah Alam bersama Peserta Kursus Perangsang dan Baker's Boy

Pada 12 November 2014 jam 230-530ptg, Al Barakah FMC telah menganjurkan Kursus Asas Pengendali Makanan dan sutikan Typhoid dengan jayanya kepada 28 orang yang terdiri daripada 21 orang peserta kursus penyediaan cendol dan laksa serta 7 orang dari kilang pembuatan roti Baker's Boy Di seksyen 20, Shah Alam.

PERANGSANG merupakan badan di bawah Kerajaan Selangor yang mengendalikan kursus bagi golongan belia untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan. Peserta usahasama PERANGSANG dan Hijrah Training & Management pada sesi ini mengajar cara untuk berniaga Laksa dan Cendol secara terperinci dan komprehensif. Baker's boy pula merupakan syarikat pembuat roti yang bertaraf international yang telah bertapak di Arab saudi, UAE, Vietnam dan beberapa negara lagi.

Al Barakah FMC sebagai penganjur dan En. Abdul Rahman sebagai tenaga pengajar yang ditauliahkan oleh KKM berbesar hati kerana dipilih untuk memberikan kursus asas pengendali makanan di Hijrah training bersama peserta kursus PERANGSANG

Terima kasih diucapkan kepada Hijrah Training & Management

Al Barakah Food Management and Consultancy Merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kursus ini kepada semua pengendali makanan di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya.

Kursus Asas Pengendali Makanan, Shah Alam - Peserta menjawab soalan sebelum kursus dimulakan

Kursus Asas Pengendali Makanan, Shah Alam 

Kursus Asas Pengendali Makanan, Shah Alam - Cikgu rahman yang kelihatan segak sentiasa

Kursus Asas Pengendali Makanan, Shah Alam - Peserta dari umur 20 tahun sehingga umur 65 tahun

Kursus Asas Pengendali Makanan, Shah Alam - Pemberian sijil

Kursus Asas Pengendali Makanan, Shah Alam - Pemberian sijil 
Kursus Asas Pengendali Makanan, Shah Alam - Pemberian Sijil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?...

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad ...

Comprehensive Awareness & Refresher Training (Halal and Food Safety)

  Latihan Kesedaran & Penyegaran Komprehensif Halal dan keselamatan Makanan. Latarbelakang Kakitangan syarikat memainkan perana yang penting dalam memperoses dan menghasilkan kualiti makanan yang terbaik mengikut garis panduan sistem keselamatan makanan & Halal. Pengurusan syarikat bertanggungjawab dalam memberikan latihan yang sewajarnya agar kakitangan syarikat tahu dan mahir mengendalikan produk makanan berdasarkan garis panduan yang telah di tetapkan. Program Comprehensive Awareness & Refresher Training yang di jalankan selama 1 hari ini di tujukan kepada kakitangan syarikat yang di olah agar merangkumi keseluruhan aspek-aspek yang berkaitan dengan Halal & Keselamatan makanan seperti:   Halal Assurance Management System FSSC 22000 HACCP GMP Allergen Penyakit berjangkit Hasil Pembelajaran Meningkatkan tahap pemahaman mengenai kepentingan keselamatan makanan & Halal. Meningkatkan tahap pemahaman berkaitan Critical-Control-Point (CCP) Memaham...