Langkau ke kandungan utama

HACCP Awareness Training 2022

 


Pengenalan HACCP 

HACCP merupakan singkatan bagi Hazard Analysis Crtitical control Point atau Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya.

Ia merupakan kaedah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk mengenal pasti dan mengurus risiko berkaitan keselamatan makanan. 

Ia menjadi pusat kepada program keselamatan makanan yang aktif, boleh memberi pelanggan, orang awam dan agensi kawal selia jaminan bahawa program keselamatan makanan adalah diuruskan dengan baik.

HACCP ialah sistem pengurusan di mana keselamatan makanan ditangani melalui analisis dan kawalan bahaya biologi, kimia dan fizikal daripada pengeluaran bahan mentah, perolehan dan pengendalian, kepada pembuatan, pengedaran dan penggunaan produk siap.

Kini, banyak pengeluar dan vendor terbaik dunia menggunakan sistem HACCP sebagai asas untuk program pengurusan keselamatan makanan mereka.

Melalui analisis bahaya dan tempat ia boleh berlaku, HACCP membantu melaksanakan sistem dan prosedur untuk meminimumkan risiko. 

Walau bagaimanapun, program keselamatan makanan tidak hanya berhenti dengan HACCP. Untuk sistem jaminan keselamatan makanan menjadi berkesan, program prasyarat seperti kawalan perosak, kebolehkesanan & penarikan balik, kebersihan dan sanitasi perlu dibangunkan dan dilaksanakan. 

Ia bermula dengan pekerja di mana pihak pengurusan hendaklah memastikan pekerja mendapat suntikan typhoid dan menghadiri Kursus Pengendalian makanan.

Selain itu, isu memastikan pembekal dan pengedar juga mempunyai program keselamatan makanan perlu ditangani melalui pembangunan spesifikasi bahan dan sistem jaminan vendor.

Syarat Permohonan Sijil HACCP

Syarat permohonan sijil ini terbahagi kepada dua iaitu syarat umum dan syarat khas. Perlu dipastikan premis memenuhi kedua-dua syarat ini sekiranya ingin mendapatkan sijil HACCP:-

Syarat Umum Pensijilan HACCP (KKM)

Bagi syarat umum, semua premis yang inginkan sijil HACCP perlulah mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman web https://fosim.moh.gov.my

Pastikan juga telah memiliki lesn PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) (Contoh: DBKL), serta didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Selain itu, premis anda juga harus melaksanakan sistem HACCP dan PRP/GMP terlebih dahulu selama tiga bulan sebelum anda boleh memohon sijil HACCP.

Syarat Khas Pensijilan HACCP (KKM)

Untuk syarat khas pula:

  • Perlu di bangunkan sistem HACCP berdasarkan Malaysian Standard 1480:(latest revision)
  • Menyempurnakan pelaksanaan sistem PRP/GMP yang didokumenkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1514:(latest revision)
  • Serta mendokumenkan manual HACCP yang mengandungi dokumen minima seperti yang tertera di bawah:

  1. Profil syarikat
  2. Carta organisasi
  3. Susun atur premis
  4. Dasar pengurusan keselamatan makanan
  5. Skop pelan HACCP
  6. Pasukan & Tanggungjawab HACCP
  7. Penerangan berkenaan produk dan pengguna yang disasarkan
  8. Lembaran kerja analisis bahaya
  9. Carta aliran proses
  10. Ringkasan Pelan HACCP
  11. Aktiviti dan Jadual Pengesahan Keseluruhan
  12. Ringkasan Program Pra-syarat
  13. Manual HACCP ini perlulah mempunyai tandatangan oleh pengurusan tertinggi yang mempunyai kuasa Eksekutif di dalam perusahaan anda.

Tempoh Sah Laku Pensijilan HACCP

Bagi sijil HACCP, ianya hanya sah selama tiga tahun sahaja. Perlu diketahui bahawa audit pengawasan akan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di premis makanan anda sekurang-kurangnya satu kali sepanjang tempoh sijil anda dikuatkuasakan.

HACCP Awareness Training

Setiap pemohon pensijilan HACCP perlu memastikan bahawa semua kakitangan telah menghadiri latihan HACCP Awareness Training atau Latihan Kesedaran HACCP sekurang-kurangnya 3 tahun sekali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Kursus Pengendalian Makanan

  Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan dan bayaran hanya RM50, tetapi ramai usahawan tidak faham kepentingan kursus pengendalian makanan ini. Kursus Pengendalian Makanan adalah merupakan kursus yang di programkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) sejak tahun 1985. Sejak tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan Kursus Pengendalian Makanan memandangkan pandemik COVID19 dan tiada kebenaran untuk kursus secara kelas fizikal. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan? Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Siapa pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ni?...

Suntikan Typhoid pengendali makanan

Suntikan Typhoid Suntikan Typhoid Al Barakah Food Management berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan. Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang sanggup membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka. Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :  1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima) * Doktor akan hadir di tempat anda* Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai. suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad ...

Comprehensive Awareness & Refresher Training (Halal and Food Safety)

  Latihan Kesedaran & Penyegaran Komprehensif Halal dan keselamatan Makanan. Latarbelakang Kakitangan syarikat memainkan perana yang penting dalam memperoses dan menghasilkan kualiti makanan yang terbaik mengikut garis panduan sistem keselamatan makanan & Halal. Pengurusan syarikat bertanggungjawab dalam memberikan latihan yang sewajarnya agar kakitangan syarikat tahu dan mahir mengendalikan produk makanan berdasarkan garis panduan yang telah di tetapkan. Program Comprehensive Awareness & Refresher Training yang di jalankan selama 1 hari ini di tujukan kepada kakitangan syarikat yang di olah agar merangkumi keseluruhan aspek-aspek yang berkaitan dengan Halal & Keselamatan makanan seperti:   Halal Assurance Management System FSSC 22000 HACCP GMP Allergen Penyakit berjangkit Hasil Pembelajaran Meningkatkan tahap pemahaman mengenai kepentingan keselamatan makanan & Halal. Meningkatkan tahap pemahaman berkaitan Critical-Control-Point (CCP) Memaham...